Imbas kembali babak 1..
Bapa Cergas aka Ayah Iman dengan selamber merendahkan orang lain termasuk juri dan mengangkat diri sendiri sebagai seorang pemenang muktamad..
Sebenarnya itu hanyalah gimik yang low class dan mungkin ada yang berasa sangat mual.. haha hehe huhuuu haa...... lol....
Entry kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai "menjadi atau membuat lain dari yang lain" dan "think out of the box" dari perspektif Bapa Cergas. Dan bagaimana anda boleh "stand out from the crowd" tanpa melakukan perkara yang bodoh.
Di sini saya akan fokus pada cara kita bersaing dalam merebut sebuah iPad idaman semua orang itu dan bagaimana cara saya berfikir untuk membuat sesuatu lain dari yang lain (tapi semua entry saya sebenarnya masih tak kreatif sebab saya tak masih tak rasa feel originality yang sebenar.. =P ). Semuanya adalah benda yang simple dan "think out of the box" bukanlah sesusah yang di sangka atau memerlukan kemahiran semulajadi yang kreatif kerana ia sebenarnya boleh di 'develop' oleh diri kita sendiri.
Dan keyword kita pada hari ini adalah...
BRAINSTORMING
Sebelum saya kupas lebih lanjut pasal brainstorming nih.. Saya nak tanya, adakah anda rasa entry ada adalah unik?
Jawapan saya terima:
"Bro, ape tak uniknye bro. Aku bukan copy paste dari blog orang lain, dan idea yang aku dapat direct dari otak kiri aku secara spontan." kata orang itu dengan penuh yakin bahawa otak kirinya hebat. Kebiasaannya orang suka berbangga dengan kehebatan otak kiri padahal dengan menguasai otak kanan, anda boleh dominate mana-mana otak kiri. kohkohkohkoh... (Mungkin aku akan buat entry pasal kenapa otak kanan lagi power dari otak kiri).
Kadang-kadang anda rasa apa yang anda buat itu unik dan lain daripada yang lain tapi sebenarnya anda tak sedar bahawa idea anda adalah hasil daripada perkara yang anda pernah tahu dan lihat yang tersimpan dalam cache otak anda (macam cache dan cookies kat pc la lebih kurang). Lagi banyak benda yang anda tahu dan lihat lagi besar lah peluang untuk anda memikirkan sesuatu yang hebat kerana gabungan pengalaman-pengalaman itu akan melahirkan satu idea "kacukan" yang lain dari yang lain. Cuba bayangkan strawberry kacuk dengan tembikai jadi strawmikai. Gempak tak? kohkohkohkoh... Begitu juga idea, menjadikannya unik adalah dengan gabungan perkara-perkara yang anda tahu dan lahirkan sesuatu yang 'fresh' dan baru. Anak kacukan lah katakan.. hehehe...
Baiklah, sekarang saya nak cerita pasal brainstorming pulak. Brainstorming mengikut definisi Bapa Cergas adalah memulakan dengan satu idea dan mencambah-cambahkan idea tersebut. Sebarang idea yang keluar hatta tak berkaitan langsung dengan idea asal juga diterima. Saya bagi contoh;
Saya Mahu iPad.. Idea asal adalah iPad.
iPad, pc, laptop, kereta, kereta kuda, kereta lembu, daging ayam, ayam serama, perempuan, cantik, tayar, rumah, bibik, tv, dapur, lanskap rumah, interior design, perabot, ikea dan lagi dan lagi..
Dari idea-idea yang ada cuba anda pilih satu yang anda rasa paling best dan sesuai untuk dijadikan entry. Pilihan saya..
Saya Mahu Bibik Mommy Lyna Kemas Rumah Saya Selama 1 hari Dari Blog mysuperkids.net.
Bunyi cam tah hape-hape je.. wakakakaka.. Tapi logik ape permintaan tu.. Kita mintak bibik Mommy Lyna tolong kemaskan rumah kita untuk 1 hari je kot.
Brainstorming nampak macam memening dan memenatkan. Takpe, saya bagi jalan short cut brainstorming cara yang lagi mudah yet effective hehehe... Malah ia sebenarnya adalah lebih efektif (tapi mungkin kurang sedikit kekreativitian). Caranya adalah dengan melihat pesaing-pesaing anda. Bacalah kesemua 101 entry yang ada. Nescaya anda akan dapat idea lagi berlipat kali ganda. Untuk memudahkan lagi tapi menambah kepoweran idea anda itu, kacuk kan lah idea-idea tersebut. Dan akan lahir lah the ultimate idea of winning an iPad (lalu berbunyilah soundtrack it's the final countdown)
Uih.. dah cukup gempak ke? Sebenarnya masih tak capai lagi the ultimatum of idea generation. Yang paling hebat sebenarnya apabila anda boleh create a whole new idea tanpa melalui sebarang proses brainstorming. Secara spontan anda boleh fikirkan sesuatu yang hebat. Tapi untuk sampai ke tahap ini anda perlulah melatih diri brainstorming dan memikirkan sesuatu yang pelik dan lain dari yang lain.
Salah satu cara lagi untuk anda generate idea yang best on the spot adalah dengan melihat sekeliling. Dan kemudian brainstorm secara spontan. Anda lihat jam apa yang anda fikir kemudian korek dalam lagi dan lagi dan lagi. Setakat ni cukup saya cerita pasal nak generate idea.
Bagaimana nak pastikan idea kita tu best bukan saja pada diri sendiri tapi pada orang lain juga..
Biasanya ramai yang rasa diri tu best tapi sebenarnya ramai rasa tak best pon. ha ha.. (oh.. aku pon sama rupanya..). Cara yang paling mudah adalah dengan menempatkan diri kita pada pembaca atau penilai idea kita. Tak caya cuba baca balik apa yang anda sudah tulis. Kalau ada walau sekelumit rasa "ermm... ok kot" maknanya tak bape nak best lah tuh. Idea yang best bila kita sendiri baca dan rasa "yes, this is it".
Kaitan EGO dengan idea generation?
Saya pasti anda faham maksud ego. Maksud saya di sini keegoan yang ada menyebabkan anda tidak mahu idea anda sama dengan sesiapa pun. Secara tak langsung anda akan sedaya upaya mengelakkan supaya idea anda tidak ada bau-bau idea orang lain. Tapi ego camni anda kena pupuk sendiri lah.
Banyak lagi yang nak saya kongsi tapi jari jemari dah mula malas nak menaip. Tak senang rupanya mengeluarkan idea melalui jari jemari berbanding berkata-kata secara direct. huhu...
By the way entry saya contradict dengan tajuk.. Idea asal yang mahu sabotaj bertukar menjadi encouragement.. hehe.. Harapan ada contestant yang baca dan dapat manfaat dari idea tah bila aku reka suka hati mak bapak tuan tommy (bekas kucing pungut belaanku yang ku saspek sudah meninggal setahun lepas).
Next entry: kembali merapu.. wahahaha.. sakit kepala menulis dalam keadaan menjadi seorang yang skema. kohkohkohkohkoh.....
Kerja yang paling aku boring buat selepas siap menulis (apa lagi, tengok lah bawah tu)
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
Sebabnya kawan aku yang bernama malas telah pengaruh supaya rasa malas-malas pergi mencari quote (macam kat atas tu) dan copy lalu paste di entry aku nih... "ahhhaaaaiii" M. Daud Kilau tiba-tiba menyampuk..
Dah nk best tapi u fail to wrap things up. The whole lot jadi betul2 merapu kalau wrapping tak catchy enough?
ReplyDeleteNi la padahnya buat time nak tido. huhu... Tapi memang tak dinafikan saya tak reti pembungkusan lalu seluruh penulisan bungkus. Nak carik idea lain plak =P
ReplyDeleteP/S - Susah betul nak menulis rupanya. Cakap lagi best. hohohoh...
usaha tangga kejayaan.. tapi memang sangat best tips yang diberikan.. betul.. susah nk fikir luar kotak ni kan.. dan kebanyakannya memang banyak 'idea kacukan' yang timbul= pan asian...
ReplyDeletetulis la lagi...