Sunday, 13 March 2011

Aku baru sedar sesuatu

Aku sedar yang aku tak perlukan followers

Aritu aku ada cakap aku nak dapatkan 100 followers dalam masa sebulan..

Tapi untuk apa ya??

Untuk apa aku sendiri pon tak tau.. ha ha =D (camne la nak buat smiley cam dalam forum..)

You can call me bapa ego (but I am daddy cool yo..)   but..

dang.. ape aku merepek ni labu.. followers pon takdak tapi bising tak perlu follower lah plak. Bunyi cam loser ha ha ha ha... Ni aku hingaq ni bukan sapa dengaq pon.. ha ha ha lagi sekali..

Ok lah.. aku tarik balik kenyataan tadi. Aku mau followers. Tapi biarlah bapak-bapak yg folo. Aku nak wujudkan army of daddy cool. Mende daddy cool tuh? Tunggu aku cari idea nak buat definisi.. heheh..  (kena pi rujuk Encik Boney M dulu.. wahahah)


Masalahnye sekarang adakah bapak-bapak ber blog cam aku nih?

Wednesday, 9 March 2011

Saya Mahu Ucap Selamat Hari Wanita Sedunia kepada Nur Dari Blog nurhafiz2009.blogspot.com

Tadi petang tiba-tiba aku di beritahu bahawa hari ini adalah hari wanita sedunia.. so sempena aku sudah ada blog aku mau mengucapkan..

Selamat Hari Wanita Sedunia

kepada semua wanita-wanita..

Maaf ya wanita-wanita lain..  Saya hanya sayang bini saya seorang sahaja dan seorang lagi wanita kecil berusia 11 bulan.

Tidak lupa juga wanita separuh century yang membesarkan aku...

Juga wanita yang juga satu perdua abad yang telah melepaskan satu wanita kepada aku.

Dan juga wanita yang memeberi aku ilmu..

Juga wanita yang penah jaga aku sebulan masa derjah 1 dulu.. (makcik aku yang garang yang ketika itu beliau masih bujang)

Wanita yang belanja aku ais kerim masa aku tak bawak duit masa sekolah rendah tahap 1 sesi pagi.

Oh ye wanita yang aku penah maki hamun masa belajar di asrama time sekolah menengah.. aku mintak maaf..

Lagi, terima kasih kepada wanita yang selalu bagi aku pinjam nota kaki untuk aku fotostat bukan sebagai nota sebelum exam tapi nota ketika sedang exam..

Lagi maaf kepada wanita ter anti sesekolah iaitu Puan Pengetua yang ketika itu bujang la. . .  jak jak jak..

Also majalah wanita yang menjadi tempat melepas boring dalam toilet..

Dan ju.. (sekat menyekat berlaku di kerongkong) gaa..  Nur, maafkan den. Den sangko ekau wanita.. walaubagaimanapun den totap sangsi.. terimo kaseh sudi jadi pengikut setio den..



ermm.. aku rasa patut aku berenti menyenarai sebelum aku tersenerai dalam siri keganasan rumah tangga dan siri keganasan blogger..

namun ada juga wanita yang suruh aku taruk ayat seperti di bawah..

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


Level of Bodekness: 6.5/10

Yang Biso Bonar,
Aku yang Biso Badan Kena Hambat..

Sunday, 6 March 2011

Berfikir Sambil Menulis Apa Yang Sedang Di Fikirkan

Aku sekarang ni sedang berfikir...


hmm.. rasanya aku nak guna Bapa Cergas sebagai nama pena tapi kekalkan nama Ayah Iman di blog IbuCergas.com

Minggu depan nak pegi SSM daftar syarikat. Ibu Cergas Marketing macam sodap bunyinya.. heehee..

Rangka strategi pemasaran untuk bisnes yang bakal aku dan sang isteri buat. Akhirnya sang isteri dah mula suka berniaga selepas aku berjaya membantu beliau mendapatkan jualan pertama.

Mencari hala tuju sebagai seorang blogger. Aku masih lagi budak yang hingus pon tak reti nak sedut lagi.

100 followers dalam masa 1 bulan? Well, bila berfikir seperti seorang marketer rasa semua tak mustahil.

Ini entry sudah seperti syok sendiri.

Tak jugak sebab boleh jadi to do list. ha haa

Oh aku baru sedar, camni la kot jadi blogger...

iPad? Yaa iPad!


Abaikan sekejap.. Eh takkan entry ni pon nak masukkan kot?



Yang Benar,
Aku Syok Sendiri

Friday, 4 March 2011

Saya Mahu Entry Mari Tulis Menulis Penulisan Dari Blog BapaCergas.blogspot.com, di terima juri pertandingan menangi iPad

 MARI TULIS MENULIS PENULISAN


Aku sudah mula tulis menulis
Tapi aku bukan sang penulis
Apakah erti sebenar sebuah penulisan?
Aku tidak tahu tapi aku tak kisah semua itu

Aku tulis menulis demi mengejar sesuatu
Sesuatu yang semua orang pun mahu
Membuat diri tak keruan tak tentu
Dari realiti mencuba nasib di dunia maya
Mencuba nasib tanpa dada dipenuhi ilmu


Aku tulis menulis lagi
Tanpa aku sedari rupanya sudah ber entry-entry
Merapu meraban semua ada sekali
Aku cuba tidak merapu tapi aku menulis penuh kaku
Namun bukan itu menjadi halangan
Untuk aku terus maju kehadapan

Lagi-lagi aku tulis menulis
Aku tulis menulis lagi dan lagi
Di blog ini menjadi tempat ekspresi
Jemari yang keras lembut kini
Otak yang kaku lancar pergi
Semangat yang kendur bertukar tinggi

Mari tulis menulis penulisan
Tajuk di beri tanpa kiasan
Sebuah iPad menjadi sandaran
Menjadi matlamat tapi kini bukan
Penulisan memberi satu kepuasan
Tiada noktah akan ku teruskan
Walau iPad tiada dalam genggaman


Sekian saja aku tulis menulis
Dengan harapan menjadi finalist..

hak hak hak hak...














Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Saya Mahu Sabotaj Contestant Dari Blog mysuperkid.net : Babak 2

Imbas kembali babak 1..

Bapa Cergas aka Ayah Iman dengan selamber merendahkan orang lain termasuk juri dan mengangkat diri sendiri sebagai seorang pemenang muktamad..






Sebenarnya itu hanyalah gimik yang low class dan mungkin ada yang berasa sangat mual.. haha hehe huhuuu haa......  lol....


Entry kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai "menjadi atau membuat lain dari yang lain" dan "think out of the box" dari perspektif Bapa Cergas. Dan bagaimana anda boleh "stand out from the crowd" tanpa melakukan perkara yang bodoh.

Di sini saya akan fokus pada cara kita bersaing dalam merebut sebuah iPad idaman semua orang itu dan bagaimana cara saya berfikir untuk membuat sesuatu lain dari yang lain (tapi semua entry saya sebenarnya masih tak kreatif sebab saya tak masih tak rasa feel originality yang sebenar.. =P ). Semuanya adalah benda yang simple dan "think out of the box" bukanlah sesusah yang di sangka atau memerlukan kemahiran semulajadi yang kreatif kerana ia sebenarnya boleh di 'develop' oleh diri kita sendiri.

Dan keyword kita pada hari ini adalah...


BRAINSTORMING


Sebelum saya kupas lebih lanjut pasal brainstorming nih.. Saya nak tanya, adakah anda rasa entry ada adalah unik?



Jawapan saya terima:

"Bro, ape tak uniknye bro. Aku bukan copy paste dari blog orang lain, dan idea yang aku dapat direct dari otak kiri aku secara spontan." kata orang itu dengan penuh yakin bahawa otak kirinya hebat. Kebiasaannya orang suka berbangga dengan kehebatan otak kiri padahal dengan menguasai otak kanan, anda boleh dominate mana-mana otak kiri. kohkohkohkoh... (Mungkin aku akan buat entry pasal kenapa otak kanan lagi power dari otak kiri).








Kadang-kadang anda rasa apa yang anda buat itu unik dan lain daripada yang lain tapi sebenarnya anda tak sedar bahawa idea anda adalah hasil daripada perkara yang anda pernah tahu dan lihat yang tersimpan dalam cache otak anda (macam cache dan cookies kat pc la lebih kurang). Lagi banyak benda yang anda tahu dan lihat lagi besar lah peluang untuk anda memikirkan sesuatu yang hebat kerana gabungan pengalaman-pengalaman itu akan melahirkan satu idea "kacukan" yang lain dari yang lain. Cuba bayangkan strawberry kacuk dengan tembikai jadi strawmikai. Gempak tak? kohkohkohkoh...  Begitu juga idea, menjadikannya unik adalah dengan gabungan perkara-perkara yang anda tahu dan lahirkan sesuatu yang 'fresh' dan baru. Anak kacukan lah katakan.. hehehe...

Baiklah, sekarang saya nak cerita pasal brainstorming pulak. Brainstorming mengikut definisi Bapa Cergas adalah memulakan dengan satu idea dan mencambah-cambahkan idea tersebut. Sebarang idea yang keluar hatta tak berkaitan langsung dengan idea asal juga diterima. Saya bagi contoh;

Saya Mahu iPad..  Idea asal adalah iPad.

iPad, pc, laptop, kereta, kereta kuda, kereta lembu, daging ayam, ayam serama,  perempuan, cantik, tayar, rumah, bibik, tv, dapur, lanskap rumah, interior design, perabot, ikea dan lagi dan lagi..

Dari idea-idea yang ada cuba anda pilih satu yang anda rasa paling best dan sesuai untuk dijadikan entry. Pilihan saya..

Saya Mahu Bibik Mommy Lyna Kemas Rumah Saya Selama 1 hari Dari Blog mysuperkids.net.

Bunyi cam tah hape-hape je.. wakakakaka.. Tapi logik ape permintaan tu.. Kita mintak bibik Mommy Lyna tolong kemaskan rumah kita untuk 1 hari je kot.

Brainstorming nampak macam memening dan memenatkan. Takpe, saya bagi jalan short cut brainstorming cara yang lagi mudah yet effective hehehe... Malah ia sebenarnya adalah lebih efektif (tapi mungkin kurang sedikit kekreativitian). Caranya adalah dengan melihat pesaing-pesaing anda. Bacalah kesemua 101 entry yang ada. Nescaya anda akan dapat idea lagi berlipat kali ganda. Untuk memudahkan lagi tapi menambah kepoweran idea anda itu, kacuk kan lah idea-idea tersebut. Dan akan lahir lah the ultimate idea of winning an iPad (lalu berbunyilah soundtrack it's the final countdown)


Uih.. dah cukup gempak ke? Sebenarnya masih tak capai lagi the ultimatum of idea generation. Yang paling hebat sebenarnya apabila anda boleh create a whole new idea tanpa melalui sebarang proses brainstorming. Secara spontan anda boleh fikirkan sesuatu yang hebat. Tapi untuk sampai ke tahap ini anda perlulah melatih diri brainstorming dan memikirkan sesuatu yang pelik dan lain dari yang lain.


Salah satu cara lagi untuk anda generate idea yang best on the spot adalah dengan melihat sekeliling. Dan kemudian brainstorm secara spontan. Anda lihat jam apa yang anda fikir kemudian korek dalam lagi dan lagi dan lagi. Setakat ni cukup saya cerita pasal nak generate idea.


Bagaimana nak pastikan idea kita tu best bukan saja pada diri sendiri tapi pada orang lain juga..

Biasanya ramai yang rasa diri tu best tapi sebenarnya ramai rasa tak best pon. ha ha.. (oh.. aku pon sama rupanya..). Cara yang paling mudah adalah dengan menempatkan diri kita pada pembaca atau penilai idea kita. Tak caya cuba baca balik apa yang anda sudah tulis. Kalau ada walau sekelumit rasa "ermm... ok kot" maknanya tak bape nak best lah tuh. Idea yang best bila kita sendiri baca dan rasa "yes, this is it".





Kaitan EGO dengan idea generation?


Saya pasti anda faham maksud ego.  Maksud saya di sini keegoan yang ada menyebabkan anda tidak mahu idea anda sama dengan sesiapa pun. Secara tak langsung anda akan sedaya upaya mengelakkan supaya idea anda tidak ada bau-bau idea orang lain. Tapi ego camni anda kena pupuk sendiri lah.

Banyak lagi yang nak saya kongsi tapi jari jemari dah mula malas nak menaip. Tak senang rupanya mengeluarkan idea melalui jari jemari berbanding berkata-kata secara direct. huhu...


By the way entry saya contradict dengan tajuk.. Idea asal yang mahu sabotaj bertukar menjadi encouragement.. hehe.. Harapan ada contestant yang baca dan dapat manfaat dari idea tah bila aku reka suka hati mak bapak tuan tommy (bekas kucing pungut belaanku yang ku saspek sudah meninggal setahun lepas).



Next entry: kembali merapu.. wahahaha..  sakit kepala menulis dalam keadaan menjadi seorang yang skema. kohkohkohkohkoh.....






Kerja yang paling aku boring buat selepas siap menulis (apa lagi, tengok lah bawah tu)


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


Sebabnya kawan aku yang bernama malas telah pengaruh supaya rasa malas-malas pergi mencari quote (macam kat atas tu) dan copy lalu paste di entry aku nih... "ahhhaaaaiii" M. Daud Kilau tiba-tiba menyampuk..

Thursday, 3 March 2011

Saya Mahu Sabotaj Semua Contestant Dari Blog mysuperkid.net

ENTRY KEEMPAT


Entry keempat... inilah tajuknya untuk dijadikan tiket memenangi iPad dari blog mysuperkids.net. Dengan font yang sengaja dibesarkan dan diwarnakan dengan merah garang. Sesiapa sahaja yang baca akan rasa sakit mata dan dari mata  akan turun ke hati yang menyebabkan hati turut sakit.



Niat yang memang disengajakan. ha ha ha..
Apa aku saja mau bikin kontroversi? Dan dengan rasa poyo dan yakin aku boleh menarik hati juri? Adakah memang disengajakan supaya aku rasa aku lah pemenangnya?

Ya kah? Benar kah? Betul kah?




Nah.. aku sakitkan hati pembaca lagi dan juri secara tersiratnya..



EVERYBODY IS THE
















AND I AM THE ONLY















DAN SEBENARNYA....






Aku tak berniat apa-apa pun.. hehe.. Saja je buat sedikit poyo sebelum  aku mengupas sayur di dapur.. eh silap (serius ni jenis lawak basi..), mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi lain dari yang lain mengikut perspektif aku sendiri.






to be continued....

Takde dalam syarat pertandingan yang 1 entry di bahagi  menjadi 2 entry tidak dibenarkan bukan?. Sengaja buat begini semata-mata nak meningkatkan peluang memenangi iPad. So aku harap juri tak kisah aku menggunakan taktik sebegini.. he he ha ha he he ha ha....


Sebenarnya aku nak tido dulu dan nak sambung esok.. muahahahaha... 





As usual... (see below)


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack



P.S. - Artikel ni ditulis dalam masa 22 minit. (Betul tak tipu...)
P.S.S - Kenapa semua entry aku dituju pada blog MSK je? Sebab aku bukanlah seorang blogger dan aku tak penah follow mana-mana blog pon. Kebetulan je menulis ni. Lagipun dah puas pikir nak tuju pada blog mana. Last-last MSK jugak.. hehehuhu...
P.S.S. - Tanya sket boleh tak Puan Lyna. Niat Puan Lyna yang paling utama adakah
1. Untuk mendapatkan massive backlink
2. Untuk mendapatkan exposure gila-gila
Saya pasti dua-dua Puan Lyna kejar. Tapi saya mau tahu yang mana satu yang utama?

Tuesday, 1 March 2011

Saya Mahu Ruang Iklan Dari Blog mysuperkids.net

Kenapa ruang iklan?

Kenapa tidak iPad?


Kerana dengan ruang iklan di mysuperkids.net saya boleh dapat 10 iPad berbanding hanya 1.


Apa logiknya di sini?


Saya buat anggaran di sini blog mysuperkids.net mendapat tak kurang dari 1000 pelawat setiap hari atau 30,000 sebulan (betui ka Puan Lyna? Selamberjer saya men tibai huhu). 10% dari jumlah pelawat iaitu sebanyak 3000 klik iklan saya. Jika 1% iaitu 30 pelawat yang klik iklan saya membeli produk saya dengan profit margin setiap produk adalah RM50, saya telah memperolehi pendapatan sebanyan RM1500.

"Eh, RM1500 cuma boleh dapat sebuah iPad je la ..." kata makcik sebelah rumah.


Hmm... betul gak kan? Apa ke bijak aku susah-susahkan diri kona sana sini nak dapatkan iPad.. he he he..


TAPI.. tapi.. ta.. pi.. t.a.p.i.



Anggaran pendapatan RM1500 hanya untuk satu bulan sahaja. Bulan-bulan seterusnya? Memang lah dapat seketul je iPad. Tapi seketul setiap bulan selama 10 bulan (untuk dapatkan 10 iPad) dengan anggapan bahawa setiap bulan maintain la RM1500 hehe..


Possible kah maintain RM1500 setiap bulan?

Come on lah. Kalau buat bisnes but not expanding baik buru cicak tokek lagi cepat kaya kan?. Customer pasti akan bertambah dari bulan ke bulan tak kira lagi repeat customer yang suka dengan produk atau servis kita.


Cuba lihat saja Puan Lyna.. Beliau seorang yang ganas berniaga. Adakah bisnesnya menurun? Tidak bukan? Sarakids pon boleh jadi contoh satu lagi. Betapa gempak beliau sekarang. Anda bagaimana?


Everybody can do it. Anybody can make it. Start now. It's better late than never.


Entry ni hanya motivasi suam-suam kuku untuk beri semangat berniaga kepada diri saya.


dan juga....





Puan Lyna. Camno dgn quotation ruang iklan dokek blog MSK? Den masih nonggu laie reply ke emel den.


P.S. - Sapo kato den takmo iPad. amek nih (spt dibawah)




Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack