Monday, 28 February 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog IbuCergas.com

Sepatutnya iPad tu aku mahu dari blog mysuperkids.net, tapi......



"Bila tengok contestant X rasanye dah takde harapan untuk dapat iPad.." kata Mama Iman dengan nada yang tidak riang.

"Alemek.." serta merta angan-angan aku untuk memiliki sebuah iPad seperti sudah terkubur seperti mana terkuburnya semangat Mama Iman untuk berjuang mendapatkan iPad. Jadi aku telah mengambil alih semangat perjuangan Mama Iman untuk menggodol iPad yang aku idamkan itu. Sekurang-kurangnya aku tak la rasa bersalah merampas iPad dari Mama Iman jika betul-betul beliau menang. kohkohkohkoh..



Lalu, aku pun berfikir apa yang harus aku lakukan demi iPad idaman. Aku pun berkunjung ke blog mysuperkids.net (kasik backlink lagi satu..hehe..) untuk melihat syarat-syarat penyertaan. Ah.. mudah aje ni, tulis artikel. Tapi jadi tak mudah bila aku lihat senarai contestant. Cis aku pulak down. hu hu hu. . . 





Pertama kali aku melihat iPad secara live di tempat awam...

Satu malam tu aku dan seantero keluarga aku makan malam di Pizza Hut. Aku lihat satu pasangan di sebelah meja sedang memegang sesuatu yang agak 'fancy' pada pandangan mata. "Uiks, apo ko bondo tu.." aku cuba buat gaya bersahaja sambil buat-buat minum air tapi mata menjeling ke arah iPad supaya tak dilabel batak.

"Cam best tapi sedikit poyo.." ungkapan semulajadi yang ikhlas lahir dari hati aku melihat iPad tersebut tatkala separuh Pizza sudah berada di dalam mulut aku. Saat itu mula berkira-kira untuk memiliki iPad walaupun aku tahu aku tak mungkin membelinya melainkan aku dah tak tau nak buat apa dengan duit yang ada. ha ha ha..


Anjakan paradigma dalam hidup aku...

Aku tak pernah menulis blog. Walaupun di IbuCergas.com aku menjadi co-author dan pernah cuba untuk menulis tapi tak pernahnye habis. Last-last tak dapat nak publish pon. huhu...  Setiap sesuatu pasti ada mulanya. Jadi aku rasa ini titik permulaan aku untuk terus menulis blog sebagai co-author di IbuCergas.com.




Aku membuat blog baru bertujuan supaya Mama Iman tak tahu aku menjadi peserta. Lagipun aku rasa sungguh segan sebab macam aku sorang je peserta lelaki..huhu..  Tapi aku rasa bangga jugak sebab tak ramai lelaki yang ambil tahu perihal keibubapaan. Sekurang-kurangnya dengan berada di kelompok kaum hawa sedikit sebanyak memberi aku inspirasi untuk menjadi "Super Dad" dan menjadikan anak aku seorang "Super Kid" dan isteriku "Super Mom".



Eh.. perasaan membuak-buak aku terhadap iPad hilang sekejap bila memikirkan keperluan aku menjadi seorang ayah dan suami yang cemerlang terhadap kedua-dua buah hati aku. Apa yang aku harapkan semoga IbuCergas.com berjaya memenangi iPad. Mungkin bila Mama Iman melihat aku menjadi salah seorang contestant akan memberi beliau semangat untuk mendapatkan iPad walaupun rasa cam dah tak boleh menang. ha ha ha..

Tak mengapa sayang, kalau kalah abang sendiri pergi beli iPad...






tapi untuk abang sendiri guna lah.. hehehe....








Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

3 comments:

  1. cayalah ayah iman!

    (komen masuk dalam spam folder lah.. mujo jumpa bila dikorek2. akismet bertindak terlalu efisyen hingga yang butul2 punya pun dia spamkan. aiseh)

    ReplyDelete
  2. patut laaa....

    risau dah td ingat entry sy tak layak.. ha ha ha...

    seronok plak menulis nih. tambah sket lagi kot entry utk pertandingan iPad..

    iPad oh iPad..

    ReplyDelete
  3. oh ipad.. pujaan ku juge..
    Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

    ReplyDelete