Friday, 8 July 2011

Kelahiran Ini

67 minit sebelum kelahiran..

Tatkala aku melihat jam di tanganku, betul-betul waktu menunjukkan pukul 10.53pm. Masih lagi aku setia berada disisi isteriku. Beberapa kali telah isteriku ingatkan tentang saat ini tapi aku hanya acuh tak acuh sahaja. Baru sekarang aku kelam kabut walaupun aku belum benar-benar terlewat. Namun aku masih tak pasti bagaimana nasibku walaupun isteriku kelihatan tenang sahaja...

60minit terakhir..

Sekali lagi aku melihat ke arah jam di dinding. Bermonolog aku sendiri "Sepatutnya aku kena bersedia awal untuk kelahiran ini.. kenapelah aku ni selalu bertangguh. Nah, sekarang rasakan.." Isteriku disebelah melihatku sambil tersenyum kelat. Aku faham senyuman yang dilemparkan itu. Itu senyuman memberi tanda "perkara penting jangan ambil sambil lewa je". Maafkan abang. Walaupun agak terlambat untuk diucapkan tapi abang belum benar-benar terlambat bukan? Masih lagi abang setia disisimu untuk kelahiran ini.

Masih ada 49minit lagi sayangku..

Ye abang tahu, tak lama lagi segalanya akan berakhir. Abang telah pun buat sedaya yang mampu supaya sayang turut gembira menyambut kelahiran ini. Sayangpun tahukan yang kerja abang perlukan abang balik malam sampaikan abang terlupa langsung mengenai kelahiran ini. Abang tau dah berkali-kali sayang ingatkan, tapi... ntah la. Mungkin inilah sifat buruk abang. Lepas ni abang janji abang akan berubah. Sayang kate abang bagai menanam tebu dibibir? Tak kan sayang. Abang tak pernah tanam tebu ditepi bibir apatah lagi dibibir sayang. Ah, geram pula isteriku ini dengan jawapanku itu.

Berbaki 35minit lagi..

Debarannya sungguh kuat saat ini. Tapi hairan, isteriku seperti tiada apa-apa. Sekali sekala dia menjeling ke arahku dengan muka yang tawar. Aku, seperti mula-mula tadi. Masih lagi bergetar, berdebar, risau, gelabah dan bermacam-macam perasaan lagi. Ku pejamkan mataku seketika untuk menenangkan semua perasaan yang wujud.

22 minit lagi dan mataku masih terpejam..

Abang! Abang! bangun! Dah nak sampai masa dah ni. Ah ape yang aku dah buat ni. Aku mula panik. Otak ku tiba-tiba kosong. Aku blank! Sayang, ape perlu abang buat ni? Isteriku tak berkata apa-apa. Mungkin kecewa dengan apa yang aku katakan. Sepatutnya aku bersedia lebih awal. Aduh, boleh pula aku melihat keluar jendela seperti tiada apa-apa yang berlaku. Isteriku ku biarkan sahaja walaupun mulutnya terkumat kamit memarahi aku.


16 minit terakhir dan kelahiran akan terjadi pada bila-bila masa sahaja. Aku terdiam sejenak.. sambil berkira-kira bilakah sepatutnya kelahiran ini akan terjadi. Dapatku rasakan inilah dia masanya untuk kelahiran ini sambil bertanya pada isteriku, "sekarang kah" lalu isteriku menjawab "habistu bile lagi dah nak due ni!"

Maka.....

Lahirlah "Kelahiran Ini" iaitu tajuk entry untuk Cabaran Ipad MySuperKids. Oh terima kasih juga isteriku yang ketika ini berada disisi menemani aku menyiapkan entry last minute ni. Beliau yang berkali-kali mengingatkan aku untuk menyiapkan entry ni sebelum juri menutup pintu penyertaan. Isteri yang ku maksudkan ini adalah penulis blog IbuCergas.com yang sama-sama menyertai cabaran ini.

Alamak, tinggal lagi 5 minit sebelum penyertaan ditutup. Kesimpulannya, kalau anda seorang yang suka buat kerja last minute, carilah pasangan yang selalu buat kerja "ahead of time". So boleh seimbangkan. kan? kan?





“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Amyz