Tuesday, 11 November 2014

Tukang Urut Lelaki Setia Alam

Anda mencari tukang urut lelaki sekitar Setia Alam?
Boleh hubungi ,.........






Wednesday, 15 October 2014

Sunday, 22 April 2012

Nafisa - XPDC



Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir




Download MP3 di sini 

Wednesday, 10 August 2011

Aku Mimpi Ayam Golek Part 2

Selesai sudah tarawikh. Jam menunjukkan 10.45 malam. Perkara tadi kembali menghantui. Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan medan menggandakan pahala dengan beribadah bukan mengutamakan hal duniawi terutamanya mencari duit. Jadi aku telah membuat keputusan untuk tidak mencari duit extra bagi mencapai matlamat aku sejak dari beberapa bulan lepas dengan memilih untuk...


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh fazya nisa’ & Adam Mohamad dan ditaja oleh Adorable Muslimah


faham-faham sendiri je lah.. hehehe....

Aku Mimpi Ayam Golek Part 1

Petang itu aku ke Bazaar Ramadhan seperti biasa. Aku ingin membeli ayam golek sebab semalam aku bermimpi makan ayam golek jadi hari ni aku mengidam pula. Aku hulurkan RM16 dan terus berlalu. Tiba-tiba..




"Bang! bang! tunggu sat. Maaf bang, ni tak cukup lagi 2 hengget" penggolek ayam berkata
"Eh, semalam saya tengok RM16 apsal harini RM18 pulak?" ade sedikit hangin di situ sebab dah termalu dengan awek sebalah aku.
"Harga variable bang. Ikut sambutan" kata penggolek ayam dengan muka lipan kerat 18.
"Banyak la. Jual ayam pun nak guna rumus pemboleh ubah berkala. Sekolah Jenis Kebangsaan mana ko pegi ni" aku membalas dengan nada sedikit tinggi.
"Ala.. biasa la bang bulan posa.. untung mesti lebeh sikit. hik hik" kata penggolek ayam sambil tersengeh taugeh.

Aku pun bagilah RM2 dengan tak ikhlas. Berfikir sejenak, kalau kita sebagai pembeli tak ikhlas nak bayar agak-agaknya apa hukumnya ya kepada si penjual? Eh, ada ke orang penah ikhlas nak kena keluar duit? hak hak hak. Ni aku serahkan kepada yang lebih arif. Bab-bab agama ni tak boleh dibuat
main. Huiii... takut.. Tapi bila bab hulur duit nak sedekah ni ada yang tak penah tak ikhlas ke? Kalau tanya pendapat aku nak ikhlas kena bagi sedikit je. Contohnya bila masukkan duit kat tabung masjid. Orang lain keluar not biru kecik tapi kita keluar not biru besar. Rasa-rasanya apa yang anda fikirkan tatkala orang sebelah menjeling?. Niat asal memang ikhlas gila nak sedekah RM50 sebab dapat bonus Raya setengah gaji tambah pulak bulan Ramadhan dianjurkan bersedekah. Tapi time nak masuk duit dalam tabung terus datang sedikit niat jahat mengharap orang nampak not biru besar yang kita masukkan tuh. Lebih haru kalau nafsu jahat (setan kena ikat lah plak) suruh kita fikir tulis nama besar-besar dekat not tu. Ha ha hancus pahala.. Jadi untuk elakkan benda ni terjadi, sediakan lah not biru kecik banyak-banyak. Time nak masukkan dalam tabung nak riak pon rasa serba salah, silap-silap orang ingat kita kedekut. hehehe.. tapi takpe, niat tu yang penting.


Lepas berbuka dan solat maghrib tiba-tiba aku teringat sesuatu. Sesuatu yang besar pada aku dan telah lama aku pendamkan.

Aku mundar mandir. Ke sini tak kena, ke sana pun tak kena. Aku pun tak tahu apa sebenarnya jadi pada diri aku sekarang ni. Aku keliru dan buntu. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang sedang menggangu fikiran aku ketika ini...

"Arghh.. abaikan je la. Duit boleh di cari" aku bermonolog.
Ye memang la duit boleh dicari. Tapi kalau duit tu tak payah di cari kan lagi senang? Tapi kenapa sekarang baru aku teringat? Ya aku sepatutnya perlu melangsaikan sesuatu untuk sesuatu.Oh tidak.. dugaan ini amat berat sekali... aku berfikir apa yang harus aku lakukan sekarang..

BERSAMBUNG DI PART 2




Friday, 8 July 2011

Kelahiran Ini

67 minit sebelum kelahiran..

Tatkala aku melihat jam di tanganku, betul-betul waktu menunjukkan pukul 10.53pm. Masih lagi aku setia berada disisi isteriku. Beberapa kali telah isteriku ingatkan tentang saat ini tapi aku hanya acuh tak acuh sahaja. Baru sekarang aku kelam kabut walaupun aku belum benar-benar terlewat. Namun aku masih tak pasti bagaimana nasibku walaupun isteriku kelihatan tenang sahaja...

60minit terakhir..

Sekali lagi aku melihat ke arah jam di dinding. Bermonolog aku sendiri "Sepatutnya aku kena bersedia awal untuk kelahiran ini.. kenapelah aku ni selalu bertangguh. Nah, sekarang rasakan.." Isteriku disebelah melihatku sambil tersenyum kelat. Aku faham senyuman yang dilemparkan itu. Itu senyuman memberi tanda "perkara penting jangan ambil sambil lewa je". Maafkan abang. Walaupun agak terlambat untuk diucapkan tapi abang belum benar-benar terlambat bukan? Masih lagi abang setia disisimu untuk kelahiran ini.

Masih ada 49minit lagi sayangku..

Ye abang tahu, tak lama lagi segalanya akan berakhir. Abang telah pun buat sedaya yang mampu supaya sayang turut gembira menyambut kelahiran ini. Sayangpun tahukan yang kerja abang perlukan abang balik malam sampaikan abang terlupa langsung mengenai kelahiran ini. Abang tau dah berkali-kali sayang ingatkan, tapi... ntah la. Mungkin inilah sifat buruk abang. Lepas ni abang janji abang akan berubah. Sayang kate abang bagai menanam tebu dibibir? Tak kan sayang. Abang tak pernah tanam tebu ditepi bibir apatah lagi dibibir sayang. Ah, geram pula isteriku ini dengan jawapanku itu.

Berbaki 35minit lagi..

Debarannya sungguh kuat saat ini. Tapi hairan, isteriku seperti tiada apa-apa. Sekali sekala dia menjeling ke arahku dengan muka yang tawar. Aku, seperti mula-mula tadi. Masih lagi bergetar, berdebar, risau, gelabah dan bermacam-macam perasaan lagi. Ku pejamkan mataku seketika untuk menenangkan semua perasaan yang wujud.

22 minit lagi dan mataku masih terpejam..

Abang! Abang! bangun! Dah nak sampai masa dah ni. Ah ape yang aku dah buat ni. Aku mula panik. Otak ku tiba-tiba kosong. Aku blank! Sayang, ape perlu abang buat ni? Isteriku tak berkata apa-apa. Mungkin kecewa dengan apa yang aku katakan. Sepatutnya aku bersedia lebih awal. Aduh, boleh pula aku melihat keluar jendela seperti tiada apa-apa yang berlaku. Isteriku ku biarkan sahaja walaupun mulutnya terkumat kamit memarahi aku.


16 minit terakhir dan kelahiran akan terjadi pada bila-bila masa sahaja. Aku terdiam sejenak.. sambil berkira-kira bilakah sepatutnya kelahiran ini akan terjadi. Dapatku rasakan inilah dia masanya untuk kelahiran ini sambil bertanya pada isteriku, "sekarang kah" lalu isteriku menjawab "habistu bile lagi dah nak due ni!"

Maka.....

Lahirlah "Kelahiran Ini" iaitu tajuk entry untuk Cabaran Ipad MySuperKids. Oh terima kasih juga isteriku yang ketika ini berada disisi menemani aku menyiapkan entry last minute ni. Beliau yang berkali-kali mengingatkan aku untuk menyiapkan entry ni sebelum juri menutup pintu penyertaan. Isteri yang ku maksudkan ini adalah penulis blog IbuCergas.com yang sama-sama menyertai cabaran ini.

Alamak, tinggal lagi 5 minit sebelum penyertaan ditutup. Kesimpulannya, kalau anda seorang yang suka buat kerja last minute, carilah pasangan yang selalu buat kerja "ahead of time". So boleh seimbangkan. kan? kan?





“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Amyz